Home > Dewan Negara > DEPOT TAHANAN IMIGRESEN

DEPOT TAHANAN IMIGRESEN

Jawapan lisan kepada persoalan YBM Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim pada 9 Disember 2009

Soalan:
YBM Tunku Abdul Aziz bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pihak mana yang mengendalikan Depot Tahanan Imigresen sekarang memandangkan Jabatan Imigresen dikatakan mengalami masalah kekurangan anggota.

Jawapan:
Saya mengucapkan terima kasih kepada YBM Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim yang telah mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, pada masa ini, Jabatan Imigresen Malaysia mengendalikan sepenuhnya Depot Tahanan Imigresen yang telah diambil alih daripada Jabatan Penjara Malaysiasecara berperingkat-peringkat di seluruh negeri di Malaysia mulai 15 Januari 2008. Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah dikendalikan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah / Wilayah Persekutuan Labuan (PPKP(S/L)) yang terletak di bawah Majlis Keselamatan Negara.
Bagi pengurusan depot berkenaan, Jabatan Imigresen Malaysia telah diluluskan waran perjawatan baru bagi mengatasi masalah kekurangan anggota iaitu seramai 1479 orang. Berdasarkan perjawatan tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia tidak mempunyai banyak masalah untuk menguruskan depot tersebut.

Categories: Dewan Negara Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
You must be logged in to post a comment.