Home > Dewan Negara, Parliament > Jawapan Lisan Dewan Negara 21 Disember 2009

Jawapan Lisan Dewan Negara 21 Disember 2009

SOALAN:

YBM Tunku Abd Aziz Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil terhadap kes yang mana inkues belum dijalankan atau tertangguh.

JAWAPAN:
YB DATUK LIEW VUI KEONG, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes-kes inkues yang belum dijalankan atau telah ditangguhkan kebanyakannya disebabkan oleh masalah saksi yang tidak dapat hadir perbicaraan ataupun saksi-saksi tidak dapat dikesan, Tiada tindakan spesifik yang dilakukan untuk mempercepatkan kes inkues melainkan mengeluarkan waran tangkap kepada saksi-saksi yang gagal hadir ke Mahkamah walaupun telah disapina.

Sekian, terima kasih.

Categories: Dewan Negara, Parliament Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
You must be logged in to post a comment.