Archive

Archive for December, 2009

Memali: Bekas ketua polis Baling, ahli PAS selamatkannya temu

December 21st, 2009 Tunku Aziz No comments

Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Dis 21 — Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik: “Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai.”

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen di sini.

“Muhamad Yusoflah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong PAS sehingga saya terselamat,” kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya, Senator TunkuAbdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.

Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu merupakan seorang anggota jawatankuasa PAS Baling, berkata beliau menahan penyokong Pas daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka.

“Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain,” kata Muhamad Yusof yang kini Setiausaha Perhubungan PAS Kedah.

Dalam kejadian pada Nov 19 1985 itu seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. — Bernama

Categories: Parliament, police Tags:

PRESS ADVISORY: RE-UNION OF 2 PEOPLE WHO WERE CENTRAL FIGURES IN THE MEMALI 1985 INCIDENT

December 17th, 2009 Tunku Aziz No comments

17 December 2009

Media Advisory

Dear News Editors,

RE-UNION OF 2 PEOPLE WHO WERE CENTRAL FIGURES IN THE MEMALI 1985 INCIDENT

Please be informed that YBM Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim would like to call for a press conference on issues relating to the above.

The detail is as follows:

Date: Monday, 21 December 2009
Time: 11.30 a.m.
Venue: Lobby area, Dewan Negara, Parliament House.

The reason of having this press conference is to introduce the man who saved a life of a Senior Police Officer during the Memali incident in 1985.

The press conference will also attended by:

1. YB Senator Haji Muhamad Yusof bin Husin
2. YM Tunku Muzafar bin Tunku Ibrahim, former CPO.

Your reporters are invited to cover the event.

If you need any assistance, please contact Faisal Mustaffa at 019-2232002 or faisal@bukitbendera.org.

_______________________________________________________________

17 Disember2009

Jemputan Media

Kepada Ketua Pengarang,

PERJUMPAAN 2 INSAN UTAMA DALAM PERISTIWA MEMALI 1985

Adalah dimaklumkan bahawa YBM Tunku Abdul Aziz Ibrahim berhasrat untuk mengadakan siding media yang berkaitan dengan perkara di atas.

Berikut adalah butiran sidang media:

Tarikh : 21 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Lobi Dewan Negara, Bangunan Parlimen.

Tujuan sidang media ini ialah untuk memperkenalkan insan yang menyelamatkan nyawa seorang pegawai tinggi polis semasa peristiwa Memali 1985.

Sidang media ini juga akan dihadiri oleh:

1. YB Senator Haji Muhamad Yusof bin Husin
2. YM Tunku Muzafar bin Tunku Ibrahim, bekas Ketua Polis Negeri.

Diharapkan Tuan dapat menghantar wartawan/jurugambar untuk membuat liputan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Faisal Mustaffa 019-2232002 atau faisal@bukitbendera.org.
.

Sekian, terima kasih

Categories: Uncategorized Tags:

Ucapan Bajet 2010: Persoalkan ‘Bajet Tambahan’ dan Kelab Diraja Selangor

December 17th, 2009 Tunku Aziz No comments

Ucapan YBM Tunku Abdul Aziz Ibrahim di Dewan Negara ketika membahaskan Bajet 2010 pada 16 Disember 2010.

Terima kasih Yang Dipertua kerana mengizinkan saya membahaskan Bajet 2010.

Di dalam perbahasan ini, saya ingin hanya menyentuh dua perkara.

Pertamanya ialah mengenai Petunjuk Indeks Prestasi atau lebih dikenali dengan singkatannya KPI, dengan izin.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menanamkan disiplin terhadap anggota cabinet beliau mengenai penilaian prestasi dan selaras dengan moto barunya, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Saya kira sudah masanya beliau untuk melakukan sebegitu dan bersikap serius dan bukan gimik politik.

Saya merasakan Bajet ialah suatu yang mempengaruhi gelagat pihak-pihak yang melaksanakannya. Apabila sesuatu bajet dibentangkan, kemudiannya diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini, ia seharusnya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Kita harus sedar bahawa peruntukan yang diluluskan ini ialah wang rakyat dan ia adalah satu amanah.

Bagi pihak yang melaksanakannya, mereka seharusnya memastikan bahawa kementerian mereka dapat menjayakan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada peruntukan tersebut.

Di dalam Kementerian Kewangan, saya mendapati terdapat satu bahagian yang dinamakan Bajet Tambahan atau Supplementary Budget, dengan izin.

Saya ingin penjelasan kepada Menteri Kewangan, apakah tujuannya mempunyai Bajet Tambahan apabila kita sudah pun meluluskan Bajet untuk tahun berkenaan?

Selain itu, apabila kita membincangkan mengenai Bajet, apa yang sering ditekankan kepada rakyat ialah mengenai subsidi dan gula-gula kepada rakyat.

Pada tahun 2008, RM34 bilion dibelanjakan untuk subsidi. Subsidi bertujuan untuk membantu Pada tahun 2009 pula, sebanyak RM47.8 bilion diperuntukkan bagi tujuan ‘pendidikan dan latihan’. Jumlah ini bersamaan RM8,000 diperuntukkan untuk mendidik setiap seorang murid yang berada di bangku sekolah.

Saya ingin bertanya kepada YB Menteri Pendidikan, kenapa pula ramai para ibubapa merasakan diri terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta atau kelas tuisyen? “Apa sudah terjadi kepada duit semua itu?”

Melihat kepada laporan media arus perdana, mereka hanya menjurus dan memfokuskan kepada ‘gula-gula’ kerana perkara itu akan mengelak daripada perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu yang lebih mustahak termasuk akauntabiliti dan pilihan.

Seperti yang diketahui, media arus perdana akan berat sebelah dalam laporan mereka dengan tidak mengenengahkan bidangan makroekonomik yang dibelanjakan oleh kerajaan berjumlah RM200 bilion setiap tahun itu. Perbelanjaan termasuk penyediaan infrastruktur yang melibatkan pengangkutan, utiliti, penjagaan kesihatan, pendidikan, pertahanan bagi keperluan rakyat dan rangsangan ekonomi.

Tuan yang Dipertua,

Sistem yang ada di Malaysia tidak cukup kondusif dalam membincangkan bajet yang dibentangkan sungguhpun di dalam Dewan Rakyat. Tidak seperti di Britain dan Australia, kedua negara itu mempunyai jawatankuasa khusus di dalam setiap kementerian yang menjurus kepada perdebatan.

Jawatankuasa itu diwakili oleh pelbagai parti politik. Di dalam tempoh perkhidmatan ahli-ahli parlimen ini, mereka diberikan tugasan dalam memperlihatkan kemajuan dan mengkritik peningkatan di dalam kementerian yang mereka tugaskan. Dengan itu, rakyat dan para pengundi boleh melihat bagaimana wakil-wakil rakyat mereka menyumbang dan memberi khidmat.

Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, apakah tujuan utama penekanan terhadap gula-gula di dalam Bajet di mana terdapat banyak lagi perkara yang lebih penting yang dapat ditekankan bagi pengetahuan rakyat?

Tuan Yang Dipertua,

Di dalam bidang korporat pula, lembaga pengarah bertanggungjawab dalam memastikan peruntukan tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya terdapat kekurangan di dalam bajet dan memohon kepada penambahan dalam peruntukan, mereka haruslah membentangkan peratus pulangan yang dapat dicapai dengan pelaburan tambahan yang dikeluarkan.

Di dalam praktis kita di dalam Kementerian Kewangan, pemantauan terhadap peruntukan tersebut agak lemah.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan; di dalam bajet lepas, kementerian yang manakah yang memohon bajet tambahan, jumlahnya dan apakah peratus pulangan, atau R.O.I, dengan izin yang diperolehi daripada tambahan tersebut.

Tuan Yang Dipertua,

Terdapat juga kes di mana sesuatu bajet yang diluluskan itu tidak dapat dihabiskan dalam jangkamasa setahun. Maksud saya terdapat baki. Justeru, kita dapati pihak kementerian akan mengadakan pelbagai program-program seperti seminar dengan objektif yang tidak jelas, hanya bertujuan untuk membelanjakan bajet yang diperuntukkan. Dengan itu, mereka tidak akan dipersoalkan apabila terkurang dalam menggunakan peruntukan. Mereka juga takut bajet tahun yang berikutnya tidak mendapat kelulusan.

Bolehkah Menteri Kewangan menjelaskannya dan berikan senarai seminar-seminar yang dianjurkan oleh kementerian dalam bulan terakhir kalendar?

Saya tidak mahu KPI yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri hanya menjadi bahan di mulut sahaja. Pernah suatu ketika dahulu, kita diperkenalkan dengan terma seperti Long Range Strategic Forecasting dan Management by Objectives, dengan izin. Bolehkah saya minta penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia, apakah yang sudah terjadi kepada cara pengurusan berkenaan? Adakah YB Menteri mengakui cara pengurusan sedemikian gagal?

Tuan Yang Dipertua,

Perkara kedua yang saya ingin mengambil perhatian Dewan yang Mulia ini ialah mengenai sebuah bangunan warisan Negara berusia 425 tahun tetapi kita tidak dapat menggunakan sepenuhnya warisan tersebut.

Bangunan yang saya maksudkan ialah Kelab Diraja Selangor yang bertempat di Jalan Raja, Kuala Lumpur dan membelakangi Dataran Merdeka yang masih digunakan sehingga sekarang sebagai tapak bersejarah. Di padang tersebutlah, buat pertama kalinya bendera Federation dikibarkan pada tengah malam 30 Ogos 1957.

Sebelum bangunan tersebut menjadi sebuah kelab sukan khususnya kriket, kawasan tersebut digunakan oleh anggota polis untuk berlatih kawat dan sebagainya. Oleh itu, kawasan tersebut amat meberi makna kepada sejarah perkembangan polis. Kelab Diraja Selangor bagi aktiviti sukan sekarang sudah dipindahkan ke Bukit Kiara dan kelab di Jalan Raja hanya khusus untuk segelintir ahli-ahli kelab untuk berehat.

Memandangkan fungsi Kelab Diraja Selangor tidak lagi memberi manfaat kepada ahli-ahli, saya ingin mencadangkan kepada Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk mengiktiraf bangunan tesebut sebagai satu khazanah Negara.

Tuan yang Dipertua,

Di dalam Rancangan Malaysia ke 10, kita mendapati terdapat peruntukan untuk membina muzium polis baru bagi menggantikan muzium polis yang ada sekarang. Saya ingin mencadangkan kepada YB Menteri untuk menjimatkan peruntukan tersebut daripada membina sebuah muzium yang baru dan menggunakan peruntukan tesebut untuk memberi pampasan kepada Kelab Diraja Selangor atas baki tempoh bayaran kepada tapak dan bangunan berkenaan.

Sekiranya dijadikan muzim polis, bangunan berkenaan akan memberi lebih banyak nostalgia kepada sejarah kepolisian Negara yang sesungguhnya banyak berkhidmat dalam menjaga keselamatan Negara. Memandangkan kawasan tersebut merupakan pusat kehidupan sivik, saya kira ia amat strategik bagi membina sebuah memorial kepada pihak polis atas sumbangan mereka.

Categories: Dewan Negara Tags:

Pembaikan Depot Tahanan Imigresen

December 15th, 2009 Tunku Aziz No comments

Jawapan Lisan YBM Tunku Abdul Aziz Ibrahim di Dewan Negara pada 15 Disember 2009

SOALAN:
YBM Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan jangka panjang yang telah dan akan diambil untuk memperbaiki keadaan dalam Depot Tahanan Imigresen memandangkan lapan orang telah mati akibat jangkitan Leptospirosis pada tahun ini.

JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod daripada Jabatan Imigresen Malaysia seramai tiga (3) orang tahanan telah meninggal dunia akibat Leptospirosis daripada keseluruhan tiga puluh satu (31) orang tahanan yang meniggal dunia pada tahun 2009.

Sejak Depot Tahanan Imigresen diambil alih oleh jabatan Imigresen Malaysia mulai 15 Januari 2008, pelbagai langkah telah diambil untuk memperbaiki kualiti dan keadaan dalam Depot Tahanan Imigresen termasuk menjaga keselamatan dan kesihatan tahanan dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia juga telah diluluskan perjawatanan U29 seramai 13 orang untuk ditempatkan di kesemua Depot Tahanan Imigresen.

Jabatan Imigresen Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah pencegahan untuk menjamin tahap keselamatan dan kesihatan terhadap tahanan dan pegawai adalah sentiasa tinggi. Di antara langkah-langkah yang diambil adalah:

1. Menjemput pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Kementerian untuk mengadakan lawatan dan pemeriksaan berkala untuk memeriksa tahap keselamatan dan kesihatan sentiasa berada pada tahap yang tinggi.
2. Memastikan supaya makanan yang disajikan kepada tahanan Depot adalah bersih dan berkualiti. Penyedia makanan di Depot wajib diberi suntikan oleh pihak Kesihatan.
3. Memberi suntikan pencegahan seperti hepatitis, H1N1 dan sebagainya bagi menjamin keselamatan kakitangan dan juga tahanan.
4. mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran Depot.
5. Pihak Kesihatan membuat fogging di depot-depot untuk membasmi nyamuk dan lalat.
6. Lawatan kesihatan yang berjadual dua (2) minggu sekali dilakukan oleh pihak Kesihatan.
7. Meletakkan racun tikus di depot-depot untuk mengawal tikus.

Bagi tindakan jangka panjang pula, Jabatan Imigresen Malaysia akan menaik taraf pembangunan empat (4) buah Depot Tahanan Imigresen iaitu Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Lenggeng, Pekan Nanas dan Machap Umboo bagi memperbaiki keadaan dalam Depot Tahanan Imigresen termasuk blok tahanan PATI.

Categories: Dewan Negara Tags:

Sime Darby jual saham ke China?

December 14th, 2009 Tunku Aziz No comments

Jawapan lisan Dewan Negara 14 Disember 2009

SOALAN:
YBM Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan signifikasi dalam penjualan 10 peratus saham Sime Darby kepada Negara China mengakibatkan pemegang saham sekarang akan mengalami kerugian dalam pelaburan disebabkan penurunan saham.

JAWAPAN:
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan atau Sime Darby tidak terlibat dalam sebarang cadangan mahupun rundingan dengan mana-mana pihak dari Negara China bagi penjualan 10 peratus saham Sime Darby Bhd (Sime Darby).

Sime Darby sebagai sebuah syarikat senaraian awam mempunyai Lembaga Pengarahnya sendiri. Oleh itu, sebarang penerbitan saham yang baru adalah merupakan satu keputusan korporat yang akan ditentukan oleh pihak Sime Darby. Syarikat berkenaan mempunyai pelbagai pilihan untuk menjana dana baru samada melalui pasaran ekuiti atau hutang.

Kerajaan yakin bahawa Lembaga Pengarah SIme Darby akan membuat keputusan yang tepat berdasarkan merit strategi dan kewangan kepada syarikat. Selain itu, seagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebarang keputusan oleh Lembaga Pengarah Sime Darby berhubung dengan perkara ini pasti akan mengambil kira kepentingan nasional dan faedah kepada para pelabur masa kini.

Categories: Dewan Negara Tags:

DEPOT TAHANAN IMIGRESEN

December 14th, 2009 Tunku Aziz No comments

Jawapan lisan kepada persoalan YBM Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim pada 9 Disember 2009

Soalan:
YBM Tunku Abdul Aziz bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pihak mana yang mengendalikan Depot Tahanan Imigresen sekarang memandangkan Jabatan Imigresen dikatakan mengalami masalah kekurangan anggota.

Jawapan:
Saya mengucapkan terima kasih kepada YBM Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim yang telah mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, pada masa ini, Jabatan Imigresen Malaysia mengendalikan sepenuhnya Depot Tahanan Imigresen yang telah diambil alih daripada Jabatan Penjara Malaysiasecara berperingkat-peringkat di seluruh negeri di Malaysia mulai 15 Januari 2008. Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah dikendalikan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah / Wilayah Persekutuan Labuan (PPKP(S/L)) yang terletak di bawah Majlis Keselamatan Negara.
Bagi pengurusan depot berkenaan, Jabatan Imigresen Malaysia telah diluluskan waran perjawatan baru bagi mengatasi masalah kekurangan anggota iaitu seramai 1479 orang. Berdasarkan perjawatan tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia tidak mempunyai banyak masalah untuk menguruskan depot tersebut.

Categories: Dewan Negara Tags:

Has the NCB run its course?

December 13th, 2009 Tunku Aziz No comments

By JOSEPH LOH and RASHVINJEET S.BEDI (The Star)

Sometimes, the one chosen to conduct a course is more important than the content stipulated on paper. In the case of courses run under the National Civics Bureau, there have been complaints over what is being ‘preached’ and the controversy has raised all sorts of allegations.

IT’S always the same old story. A programme is designed for a specific aim but the implementation takes it off its course. An exemplary case of this would be the courses, particularly the Kursus Kenegaraan (Nationhood Course), run under the National Civics Bureau or Biro Tatanegara (NCB).

What is on paper is in keeping with the objectives of the bureau – to foster patriotism among citizens, targeting civil servants, and students who have been offered scholarships to study abroad – but the reality bites very differently.

Testimonies from those who have attended the courses bear witness to how far the programme has deviated from its objectives and has instead taken on strong racial and political notes, often shrouded in some sort of secrecy.

Officially, NCB runs the Kursus Kenegaraan to inculcate a sense of patriotism and loyalty to the elected government, which is to be carried out professionally based on ethical principles.
Stirring up patriotism: The NCB runs the Kursus Kenegaraa n to inculcate a sense of patriotism and loyalty to the country. It is to be carried out professionally based on ethical principles

Although the NCB is supposed to play a part in national integration and unity, feedback from certain participants says it does the exact opposite.

Established in 1974 as the Youth Research Unit (Unit Penyelidikan Belia) under the Culture, Youth and Sports Ministry, it was later placed under the Prime Minister’s Department in 1981 and renamed NCB in June the following year.

A total of RM74mil was allocated for the NCB this year, while RM62mil has been allocated for 2010. Over the past 10 years, the total budget for the NCB is RM548mil.

Saifuddin Nasution Ismail, Machang MP and a former secretary of Umno Youth, says he used to be part of the system and has intimate knowledge of how the NCB works.

He says the course is designed for civil servants and students of public universities.

“It is a captive crowd, and the present practice is that it is compulsory to attend before they (civil servants) can be promoted. It is only a matter of time; sooner or later everyone (in public service) will attend it,” says Saifuddin who is now the PKR election director.

“On paper, the syllabus looks fine and is even beneficial. There is nothing wrong with the structure and objectives of its modules. However, you have to look at what is tersurat (written) and what is tersirat (hidden).

“The syllabus is one thing, but the person who conducts the course is another. Now, facilitators and speakers do not follow the syllabus,” adds Saifuddin.

But Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi describes some of the allegations as “unfair”.

He told the media recently that NCB courses promote the 1Malaysia concept and that its objective is to foster national unity.

“The rakyat needs to understand what we are trying to achieve; there is nothing wrong with the NCB courses,” he said.

Terengganu Umno chairman of Training and Cadre Bureau Datuk Abdul Rahman Bakar, too, has defended the programme. He has been reported as saying that it should, however, be upgraded to reflect the times. From his years of experience in dealing with NCB courses in the past, he said, facilitators were the key component in the courses and their selection had to be done carefully.

“Sometimes they get carried away and incorporate their own ideas.”

MP Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), a NCB director from 1986 to 1990, shares that the aim of the agency then was to inject a sense of competitiveness, awareness and patriotism among the bumiputra students who were given Government scholarships.

“They were not performing as well as the non-Malays even though opportunities for the non-Malays were fewer,” he says.

He accepts that there were certain racist elements in the course during his time at the NCB, but claims that he was not comfortable with it even then.

“Personally, I did not like certain things about the course,” he says.

Johari admits he played the role of Joseph Gobbell (Adolf Hitler’s Propaganda Minister), but says he has repented for his “sins”.

But no hatred was preached towards the non-Malays back then, he adds.

Most of the speakers or lecturers at the course were civil servants who were highly committed people, he says. “They worked hard for certain purposes, depending on what their bosses wanted.”

Johari alleges that the NCB was then used to as a tool to spread propaganda among students.

“I feel that it has been derailed from its course,” he says.

Things came to a head when the Selangor state government barred all its civil servants, students in state-run higher learning institutions, and employees of government-linked companies from attending the course. In its place, Selangor decided to organise its own version of the programme called Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social, or SPIES, which could materialise as soon as next month.

The Penang and Kelantan state governments followed suit, with immediate effect.

Following the uproar arising from the decisions, politicians from both sides of the divide called for the abolition of the course although there were politicians from the Government who defended it.

In what was seen by some parties as an admission of the NCB’s shortcomings, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz said if the course was for only one racial group, then that is not 1Malaysia.

“The co-curriculum will be brought in line with the Prime Minister’s 1Malaysia, which means it will be more inclusive and will not divide Malaysians,” he said recently in response to the developments.

Nazri added that the NCB would overhaul its courses following a Cabinet meeting, and the decision was made “long before” the Selangor government’s decision.

The minister took a swipe at the Opposition by adding that its members who had previously been in the Government, such as Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, had been involved with the course and were well aware of the contents.

MP Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) also backed the closure of the NCB, claiming that he was a victim of its controversial courses when he led an opposition front.

However, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said there was no need to revamp the training modules as they were fine in instilling the patriotic spirit among Malaysians. In response, Nazri labelled Mahathir racist for defending the training modules, and a public spat between them ensued.

Saifuddin discloses that NCB is run by party loyalists and the current culture in the agency is a reflection of what they hope to achieve. Although there has never been any direct instruction from top party leaders, the system allows a free-for-all.

“The modules mention nothing about promoting any hidden agenda but it happens,” he says.

Saifuddin claims that in the past, when Anwar was in Government, all the state NCB directors were inclined towards Anwar.

“There was no direct instruction, but they ‘knew’ what to do. Similarly, I do not think (Prime Minister Datuk Seri) Najib (Tun Razak) has condoned what is happening now,” he says.

However, he says, even in the past, the NCB had allowed itself to be used by certain factions within Umno to push their own political agenda.

“If the head of a particular division knew someone was going to challenge him, and if he had good connections with the state NCB, he would ask them to organise a course for his division members.

“It was for his own interest – he could go there and speak, or even request a minister to speak on his behalf,” he claims, adding that it is usually worse before party elections.

“This cannot be denied by anybody,” says Saifuddin.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim, former special advisor on ethics to the Secretary-General of the United Nations, says that courses supported by public funds should ensure public interest is served above all else.

“If we are really keen on promoting 1Malaysia with all that it implies then obviously all these racist and supremacist elements must be wiped out completely,” says the DAP vice-chairman.

Tunku Abdul Aziz believes that although the content may look acceptable, selecting the right people to conduct the course was important.

“If the Government is thinking about revising the syllabus, then it should also ensure proper screening of the course conductors. The presenters should be people who believe in the idea of Malaysia for all Malaysians. People who believe in unity and equal opportunity.

“I think it is important that they look at this exercise carefully. If they want a united Malaysia then all racist elements have to be re­­mo­ved,” Tunku Abdul Aziz adds.

But there are those who still support the courses run by the NCB, including Prof Zainal Kling, a committee member of Gapena. He says the NCB was set up to educate civil servants, the public, NGOs and local students on public policies and the formation of the nation.

“It is obvious that the ruling party will want the people to fully understand all these issues,” he says.

When asked about the racist elements in the course, Zainal says it is the way some people decided to interpret the course.

“We are talking about the country’s history and the Federal Constitution. Is that racism? They are interpreting it in that way for their own political reasons,” he says.

Nevertheless, he says, the current curriculum could be revamped to suit the ideology of 1Malaysia.

His suggestion is echoed by Irmohizam Ibrahim, the information chief of the Fede­ration of Peninsular Malay Students Asso­ciations (GPMS). He does not agree to the course being revamped, feeling it should be upgraded to keep up with the current ideologies promoted by the Government.

He says he was unsure about the racist elements although there are discussions about Article 153 of the Federal Constitution, which safeguards the special rights of the Malays and Bumiputras.

“The interpretation of racism has to be clear. I feel the course was run according to the spirit of the Constitution,” he says.

Irmohizam attended NCB courses in 2005 and 2006 and says they promoted patriotism and team building among the participants.

As for the bashing of opposition parties, he says he did not come across any of these elements.

“We gained knowledge from the courses and increased our patriotism. I urge the public not to be negative about the programme,” he says.

Categories: 1 Malaysia Tags:

Photos on “The Myth of Malay Supremacy”

December 13th, 2009 Tunku Aziz No comments
Together with Prof Noraini Othman, Clive Kessler and Richard Yeoh

Together with Prof Noraini Othman, Clive Kessler and Richard Yeoh

other photos can be downloaded at http://www.facebook.com/home.php?#/album.php?aid=142103&id=518196011&ref=mf

Categories: Uncategorized Tags:

Forum speakers flay ‘Ketuanan Melayu’

December 13th, 2009 Tunku Aziz No comments

Aidila Razak (Malaysiakini)

The concept of Ketuanan Melayu (Malay supremacy) and the Social Contract is a political ploy used by the ruling coalition to remain in power, argued DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

“If there is such a thing as a Malaysian social contract, it is one that has nothing to do with (Malay) privileges but instead outlines the government’s responsibility to protect its people,” he told an audience of about 80 people at the Annexe Gallery in Kuala Lumpur today.

Categories: Uncategorized Tags:

Forum speakers flay ‘Ketuanan Melayu’

December 13th, 2009 Tunku Aziz No comments

Aidila Razak (Malaysiakini)

The concept of Ketuanan Melayu (Malay supremacy) and the Social Contract is a political ploy used by the ruling coalition to remain in power, argued DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

“If there is such a thing as a Malaysian social contract, it is one that has nothing to do with (Malay) privileges but instead outlines the government’s responsibility to protect its people,” he told an audience of about 80 people at the Annexe Gallery in Kuala Lumpur today.