Kenyataan Media YBM Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim pada 29 April 2010 di Dewan Negara
Empat soalan lisan Dewan Negara ditolak sebab menyentuh rahsia ketenteraan
Keempat soalan daripada tujuh yang dihantar oleh YBM Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang ditujukan kepada Kementerian Pertahanan telah ditolak sebab menyentuh rahsia ketenteraan.
Keempat-empat soalan adalah sedemikian:
1. Minta Menteri Pertahanan menyatakan latar belakang kerajaan membeli sistem Vera-E sepertimana yang dinyatakan dalam laporan tahunan kementah 2007 pada muka surat 72? Adakah ia kaitan dengan projek PADAS dan ancaman dari pesawat Stealth luar negeri?
2. Minta Menteri Pertahanan menyatakan latar belakang pembelian Cruise Missile yang akan dilancarkan oleh kerajaan seperti mana dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Md Zin pada 4 Julai 2007 di Dewan Rakyat?
3. Minta Menteri Pertahanan menyatakan status pembangunan peluru berpandu Taming Sari XK98 dibangun oleh STRIDE dari segi pembelanjaan dan kerjasama teknologi dengan negara mana serta latar belakang, keberkesanan pembangunan dan status peluru berpandu ini?
4. Minta Menteri Pertahanan menyatakan senarai kelengkapan dalam pecahan jenis, bilangan dan peruntukan yang akan dilancarkan dalam masa lima tahun depan oleh TDM, TLDM, TUDM dan Markas ATM/AB?
Dalam hal ini, saya rasa adalah tidak munasabah untuk Kementerian Pertahanan menolak soalan-soalan tersebut memandangkan jelas isu-isu menyentuh rahsia ketenteraan adalah tidak wujud.
Pertama, saya memahami pembelian kelengkapan tentera adalah sensitif dan perlu menjaga rahsia ketenteraan seperti unsur-unsur specifikasi dan atur gerak.
Tetapi, soalan yang ditanya bukan bertujuan untuk mendapat rahsia ketenteraan seperti yang disebut, tetapi untuk mendapat maklumat latar belakang pembelian dan pembangunan kelengkapan tentera yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan sendiri.
Jikalau Kementerian Pertahanan sendiri yang membuat pengumuman pembelian kelengkapan tersebut, maka ini tidaklah dikira sebagai rahsia lagi. Seperti:
• pembelian Vera-E Radar Pasif dari Omnipol, Republik Czech telah beberapa kali dicatatkan dalam Laporan Tahunan Kementerian Pertahanan 2007 dan 2008. Dan laporan tersebut telah menyatakan projek timbal balas Vera-E sedang dipantau oleh kementerian
• pembelian Cruise Missile adalah diumumkan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat
• Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) telah menunjukkan peluru berpandu Taming Sari XK98 kepada keseluru negara pada 31 Ogos 2007 bersempena Perarakan Merdeka 2007 di Dataran Merdeka
Kedua, pembelian kelengkapan ketenteraan adalah mengguna peruntukan awam dan perlu mendapat persetujuan dari Parlimen. Oleh itu, adalah munasabah dan kepatutuan untuk ahli parlimen membincang dan mengetahui latar belakang atau basic information, bukan spesifikasi dan atur gerak, pembelian kelengkapan ketenteraan yang mahal ini.
Ketiga, Ahli Parlimen dan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui senarai pembelian kelengkapan ketenteraan yang akan dilancar pada lima tahun depan iaitu dalam Rancangan Malaysian Kesepuluh. Memandangkan pembelian kelengkapan ketenteraan adalah sangat mahal dan mudah berlaku penyelewengan, maka adalah perlu dipantau oleh Parlimen dan rakyat supaya berselaras dengan prinsip-prinsip good governance dan meningkatkan lagi ketelusan kerajaan.
Saya percaya rakyat tidak memmbangkang pembelian kelengkapan ketenteraan penting. Rakyat perlu pastikan Angkatan Tentera diperlengkapkan dengan kelengkapan terbaik.
Namun, pengkosan terhadap pembelian tersebut adalah mustahak kerana wang rakyat digunakan bagi tujuan sedemikian.
Rakyat terutama pembayar cukai mempunyai hak untuk mengetahui pengaliran wang mereka di dalam sektor ini.