Home > Dewan Negara, Integrity > STATUS SIAP

STATUS SIAP

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM PADA 4 MEI 2010.

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan status penubuhan EAIC sehingga kini serta terangkan langkah-langkah penyelesaian untuk memantau PDRM memandangkan kes penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai polis masih berleluasa.

JAWAPAN:
DATUK LIEW VUI KEONG
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Dipertua
Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) Act 2009 atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa 2009 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing pada 30 Jun 2009 dan 9 Julai 2009. Setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong pada 19 Ogos 2009, akta tersebut telah diwartakan pada 3 September 2009.

Suruhanjaya ini akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Usaha bagi menubuhkan suruhanjaya ini sedang dijalankan di mana urusan belanjawan mengurus adalah di bawah Kementerian Kewangan manakala Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula bertanggungjawab ke atas urusan penjawatan. Di bawah peruntukan yang telah diluluskan, pihak JPA telah bersetuju menyediakan TIM Nukleus SIAP di mana semua perjawatan SIAP diwujudkan secara sementara selama setahun bgi membolehkan pelantikan Setiausaha, pengisian perjawatan dan penyediaan pejabat SIAP dilakukan sewajarnya. Selepas tempoh tersebut, TIM Nukleus SIAP akan ditukarkan semula ke perjawatan tetap sepenuhnya di bawah SIAP.

Sekian. Terima kasih.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
You must be logged in to post a comment.