SARAWAK BY-ELECTION: OLD HABITS DIE HARD

May 22nd, 2010 Tunku Aziz No comments

Sibu, that remarkable town on the mighty Rejang that the Foochows built all those long years ago with sweat, blood and tears, notched another milestone: the Chinese community decided that May 16 was to be the day when they would show the rest of Malaysia, and indeed the world, that Najib’s largesse however packaged had all the smell of moral decay, or not to put too fine a point on it, undisguised vote buying. This illegal and immoral practice is apparently endorsed and encouraged by both the Election Commission and the Malaysian Anti-Corruption Commission. Sibuans on the other hand would have none of it.

What was so distressing was that the EC and MACC were ever so quick to affix their “No Action” tab on what clearly was corruption committed by Najib who offered financial inducements to the voters of Sibu to return the Barisan Nasional candidate. Similarly they took no action against Najib for his shenanigans in the Hulu Selangor by-election. Most surprising of all, there was not even a whimper from the self-proclaimed anti-corruption fighter, Transparency International Malaysia. Have they decided to flow with the tide of political corruption as well? Najib’s practice of bribing voters into supporting his election agenda shows a complete and utter disdain for public opinion and the law.

What is the point of spending hundreds of millions on beefing the MACC up, already bloating and bursting at the seams with gross inefficiency, when the prime minister bribes the voters of Sibu, with complete arrogance and impunity? To our complete surprise, the good citizens of Sibu, unlike some of their fellow citizens elsewhere, turned up their collective nose and gave Najib the elbow, more or less telling him to “take a running jump into the Rejang.”

I had misjudged the mood and the strength of character of the people of Sibu, thinking that the dangling by Najib of the millions of ringgit from his slush funds would be enough to overcome any moral scruples they might have had. I spent six days in Sibu shaking hundreds of Chinese, Malay and Iban hands. And never for a moment did it dawn on me that the Foochows of Sibu would stand up to Najib, who in the end was reduced to a figure of fun and ridicule, being described as Santa Claus dispensing ill-will instead of good cheer. Money may buy some of the people some of the time, but in Sibu principles won the day. They had had a surfeit of corruption, in all its manifestations, in their dealings with the Taib administration, and they did not need anymore of it.

It took a lot of courage and determination to withstand the onslaught of raw power of a prime minister, particularly one of indeterminate ethical provenance. As if that was not intimidating enough, they had a chief minister, so I was told who rules with an iron fist in a silken glove to contend with and whose voracious appetite for self-enrichment has long been whispered about by people too frightened to speak up against grand corruption at the top. His unbridled excesses would make Robert Mugabe look like Mother Teresa. And where is the much touted independent corruption commission?

To all those who voted for change for a better Sibu, a Sarawak free from the shackles of wonton, unremitting greed of one man and his family, and a Malaysia fit for all, regardless of who we are, I have this to say. You have, by your robust, ethical response to Najib’s unprincipled behaviour, earned for yourselves an honourable place in the pages our country’s history. Sibu has restored my faith in my fellow citizens who possess in large measure attributes that once inspired my old English headmaster at the Sultan Abdul Hamid College in Alor Setar to coin the phrase “the excellency of man.”

What Sibu has done will resonate in the weeks, months and years to come in the rest of this country. Najib’s approach to the Sibu campaign was unbelievably crude as well as insulting to the dignity of the Sibuans, particularly the proud Foochows. For him to apply the principle of one size fits all when he merrily parachuted into Sibu on what he thought was a his fail-safe “vote for money’ mission was totally ill-advised and insensitive. Najib is a believer in the exercise of power through the money bag.

The voters of Sibu knew Najib’s weaknesses more than he was prepared to concede, and while they were happy enough with the goodies he threw at them, they were suspicious of the proverbial “Greek bearing gifts.” In the event, the citizens of Sibu shut the city gate in his face, having taken the money and voting for the opposition. Good try, Najib. Winning the hearts and minds with your heart and not your pocket is a better option; it is more honourable and less likely to get you into trouble with the MACC, if and when it finally decides to open its eyes.

Taklimat GST Hanya Untuk Ahli Parlimen BN

May 6th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA YBM SENATOR TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM PADA 6 MEI 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tahap rahsia yang ada di dalam Kementerian sehingga taklimat GST 8 Mac 2010 diadakan untuk Ahli Parlimen Barisan Nasional.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, taklimat GST pada 8 Mac 2010 yang lalu merupakan satu sesi tertutup yang dikhaskan kepada Ahli-ahli Parlimen sahaja. Sesi tersebut merupakan antara program penerangan dan kesedaran GST yang sedang dijalankan oleh Kerajaan kepada rakyat. Program-program yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang baik kepada rakyat mengena mekanisme dan model GST yang dicadangkan di Malaysia, kesan pelaksanaan GST dan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan di dalam menangani sebarang isu berbangkit dari pelaksanaan GST.

Categories: Dewan Negara, Parliament Tags:

Statistik EO & RRA 2009

May 6th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN BERTULIS DEWAN NEGARA YBM SENATOR TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM BAGI SIDANG MEI 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan tahanan Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance (EO) yang ditahan, dibebaskan dan dikenankan Akta Kediaman Terhad (RRA) sejak Januari 2009 hingga Disember 2009.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim yang mengemukakan soalan.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik bagi tahun 2009, seramai 760 orang yang telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah Emergency Ordinance (Public Order and Prevention of Crime) (EO) 1969 sejak Januari 2009 hingga Disember 2009. Dari jumlah tersebut, seramai 39 orang tahanan telah dibebaskan selepas representasi terhadap Perintah Tahanan mereka dibuat di hadapan Lembaga Penasihat. Manakala bagi Perintah Sekatan pula, seramai 247 orang telah dikenakan Perintah Sekatan di bawah Emergency Ordinance (Public Order and Prevention of Crime) (EO) sejak Januari 2009 hingga Disember 2009.

Merujuk kepada Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933 pula, seramai 42 orang telah dikenakan sekatan di bawah akta tersebut sejak Januari 2009 hingga Disember 2009.

UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UDANG PERDAGANGAN STRATEGIK 2010

May 6th, 2010 Tunku Aziz No comments

Tuan Yang Dipertua

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya membahaskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010.

Saya ingin menyentuh mengenai terma “pegawai diberi kuasa” yang terbabit di dalam Rang Undang-undang ini. Mereka terdiri daripada

(a) pegawai kastam
(b) pegawai polis
(c) pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(d) pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(e) mana-mana pegawai lain yang dinyatakan oleh Pengawal ;

Di dalam rang undang-undang ini pegawai diberi kuasa mendapat kuasa mutlak. Izinkan saya baca fasal setiap satunya:

FASAL 29 – Pegawai yang diberi kuasa boleh menggeledah dan menyita
tanpa waran.

FASAL 31 – Pegawai yang diberi kuasa boleh masuk ke mana sahaja tempat atau premis untuk menjalankan siasatan.

FASAL 32 – Membolehkan pegawai yang diberi kuasa untuk mengakses data dalam komputer.

FASAL 33- Membolehkan pegawai yang diberi kuasa menggeledah pengangkutan.

FASAL 34 – Membolehkan pegawai yang diberi kuasa menggunakan kekerasan munasabah dalam melaksanakan urusannya !

Apakah bentuk ‘kekerasan munasabah’ yang dimaksudkannya ?

Bagaimanakah untuk mengukur ‘kekerasan munasabah’ ini?

FASAL 36 – Pegawai yang diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran !

FASAL 37 – Mengadakan peruntukan mengenai pemintasan komunikasi oleh pegawai yang diberi kuasa atas pemberian kuasa Pendakwa Raya.

Jelas melalui fasal-fasal yang saya nyatakan, kuasa mutlak banyak diberikan diberi kepada ‘pegawai yagn diberi kuasa’.

Saya khuatir sekiranya pegawai-pegawai ini menyalahgunakan kuasa mereka dan ini akan mengundang banyak masalah.

Saya ingin memohon daripada Dewan Yang Mulia ini meneliti kembali rang undang-undang ini agar tidak ada pihak yang diberi kuasa sebegini meng had kan kuasa mereka di dalam lingkungan hak asasi manusia rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Categories: Uncategorized Tags:

RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010

May 6th, 2010 Tunku Aziz No comments

UCAPAN YBM SENATOR TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM – RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010

Tuan Yang di Pertua

Terima kasih kerana mengizinkan saya membahaskan usul rang undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sebagai seorang yang dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi menubuhkan program-program anti-rasuah berkembar, yakni Whistler Blower Protection (dengan izin) dan satu lagi program yang dipanggil Declaration of Interests (dengan izin) bagi pertubuhan antarabangsa ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaanatas initiative yang diletakkan bagi mengiktiraf rasuah sebagai suatu perkara yang berisiko tinggi.

Daripada pengalaman yang saya perolehi, di dalam kerajaan mahu pun di sektor swasta, pengaruh rasuah bercampur-aduk. Saya kira barangkali ini disebabkan oleh kurang keyakinan terhadap agensi-agensi yang terlibat.

Di dalam kes yang kita alami di negara kita, agensi-agensi penting yang terdedah kepada kegiatan rasuah ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sungguh pun demikian, sama ada benar atau pun tidak, terdapat pandangan daripada rakyat yang tidak meyakini kedua-dua agensi ini.

Orang awam yang berpendapat sedemikian, dengan ke berangkalian besar tidak mahu mengambil risiko untuk berhadapan dengan kedua-dua institusi ini yang mana integrity badan-badan ini dipersoalkan.

Perkara penting yangperlu ditekankan ialah bahawa kedua-dua badan PDRM dan SPRM, secara khasnya mestilah “clean up their act” (dengan izin) sebelum kita mengandaikan sebarang pulangan positive.

Kita mengharapkan agar semua lapisan rakyat untuk bekerja sama dengan kita sungguh pun ianya sebuah missi yang bahaya untuk mereka.

Dengan melihat bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat satu langkah ke hadapan, adalah menjadi harapan agar pegawai-pegawai kerajaan kita mengetahu batasan-batasan keoerluan dalam menguat kuasa akta ini nanti.

Bahkan, di negara-negara di mana terdapat kadar rasuah mereka yang rendah, rakyat secara amnya yang digalakkan melaporkan kegiatan rasuah kepada pihak polis, tidak ramai yang orang awam berbuat demikian. Dengan reputasi SPRM pada tahap ini, saya mempunyai anggapan bahawa prospect incident rasuah yang rendah tidaklah diharapkan.

Di sini, saya ingin mengesyorkan supaya satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menerima dan menilai dengan segera sebarang pendedahan yang tidak mengikut tatacara yagn betul dan jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk terus memberi arahan kepada pihak polis dan SPRM untuk sebarang tindakan.

Pendekatan “arm-length” (dengan izin) ini akan menjadikan pemberi-pemberi maklumat di kalangan masyarakat umum satu lapisan perlindungan. Saya mengerti bahawa kaedah ini memerlukan sedikit penambahan kos. Namun, kita mesti sedar bahawa melawan rasuah bukanlah suatu yang murah.

Tuan Yang Dipertua,

Wang ringgit tidak boleh membeli kepercayaan dan keyakinan. Hanya integrity pegawai-pegawai pelaksana yang diberi kepercayaan boleh menjadikan penguatkuasaan akta ini berjaya.

Sekian, terima kasih.

Categories: Dewan Negara Tags:

FUNGSI ANGKATAN MARIN

May 6th, 2010 Tunku Aziz No comments


SOALAN LISAN SENATOR TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM DI DEWAN NEGARA PADA 6 MEI 2010

SOALAN:
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan laporan penilaian terhadap penubuhan Angkatan Marin dalam mempertahankan kepulauan-kepulauan Malaysia dari menjadi perebutan dengan kuasa luar.

JAWAPAN:

YB LIEW VUI KEONG
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,

Kesemua Agensi Penguatkuasa Maritim (APM) Negara dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah, sedang dan akan terus melaksanakan tindakan-tindakan yang selaras dengan perundangan Negara dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan pulau-pulau dan entiti geografi yang berada dalam perairan Malaysia sentiasa selamat dan sentiasa dipertahankan. Antara tindakan-tindakan yang diambil dalam usaha mempertahankan kepulauan dan entiti geografi negara Malaysia dari perebutan kuasa kuasa adalah seperti berikut:

I. Pelaksanaan rondaan dan pengawasan harian secara berterusan oleh APM negara dan TLDM;
II. Menguatkuasakan undang-undang maritim negara di kawasan tersebut;
III. Menggazet dan menamakan semua pulau dan entiti geografi yang terdapat dalam perairan negara;
IV. Merekodkan semu rondaan yang dilaksanakan;
V. Mewujudkan kehadiran di seluruh kawasan perairan Negara terutamanya kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih maritim; dan
VI. Membina sruktur atau monument fizikal di pulau-pulau dan entiti geografi negara bagi tujuan pengukuhan kedaulatan seperti di Batuan Tengah, Tawau dan Pulau Layang-Layang.

Sekian, terim kasih.

MEMPERTAHANKAN MALAYSIA DARI KUASA LUAR

May 6th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN PARLIMEN DEWAN RAKYAT YBM TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM PADA 6 MEI 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan laporan penilaian terhadap penubuhan Angkatan Marin dalam mempertahankan kepulauan-kepulauan Malaysia dari menjadi perebutan dengan kuasa kuar.

JAWAPAN:

YB DATUK LIEW VUI KEONG
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,

Kesemua Agensi Penguatkuasa Maritim (APM) Negara dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah, sedang dan akan terus melaksanakan tindakan-tindakan yang selaras dengan perundangan negara dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan pulau-pulau dan entiti geografi yang berada dalam perairan Malaysia sentiasa selamat dan sentiasa dipertahankan. Antara tindakan-tindakan yang diambil dalam usaha mempertahankan kepulauan dan entiti geografi negara Malaysia dari perebutan kuasa luar adalah seperti berikut:

i. Pelaksanaan rondaan pengawasan harian secara berterusan oleh APM Negara dan TLDM;
ii. Menguatkuasakan undang-undang maritim negara di kawasan tersebut;
iii. Menggazet dan menamakan semua pulau dan entiti geografi yang terdapat dalam perairan negara;
iv. Merekodkan semua rondaan yang dilaksanakan;
v. Mewujudkan kehadiran di seluruh kawsan perairan negara terutamanya kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih maritim; dan
vi. Membina sruktur monumen fizikal di pulau-pulau dan entiti geografi negara bagi tujuan pengukuhan kedaulatan seperti di Batuan Tengah, Tawau dan Pulau Layang-layang.

Sekian, terima kasih.

Categories: Dewan Negara, Malaysia, Parliament Tags:

United Nations Convention on the Law of the Sea 1982

May 5th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA YBM SENATOR TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM PADA 6 MEI 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pandangan Kerajaan mengenai penjelasan Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Lee Chee Leong dalam menjawab soalan media online KL Security 22 September 2009 menyokong cadangan pembangunan bersama Laut Cina Selatan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih kepada YBM Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim di atas soalan yang dikemukakan.

2. Seperti yang telah dimaklumkan di dalam dewan yang mulia ini, wujud tuntutan bertindih kawasan maritim dan tuntutan bertindih ke atas ciri-ciri geografi di kawasan seperti pulau, terumbu dan sebagainya yang terletak di kawasan Laut Cina Selatan. Tuntutan bertindih di Laut Cina Selatan ini melibatkan Malaysia, Vietnam, Brunei Darussalam, Filipina dan Republik Rakyat China.

3. Republik Rakyat China menuntut keseluruhan Laut China Selatan termasuklah Kepulauan Spratlys. Walau bagaimanapun, tuntutan Republik Rakyat China ini adalah dipertikaikan kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuklah peruntukan-peruntukan di dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 – UNCLOS 1982). Malaysia berpendirian bahawa pulau dan terumbu di dalam kawasan pelantar Benua Malaysia adalah milik Malaysia.

4. Sehingga kini, Malaysia tidak melaksanakan sebarang pembangunan bersama dengan mana-mana negara di kawasan luar pantai Sabah dan Sarawak di Laut China Selatan, ini adalah selaras dengan pendirian Negara bahawa kawasan pelantar benua yang dituntut oleh Malaysia adalah kepunyaan Malaysia dan sebarang cadangan tindakan bersama dengan Negara lain perlu diperhalusi dengan sewajarnya.

5. untuk makluman YBM selanjutnya, isu berhubung tuntutan ke atas pulau-pulau dan terumbu ini ditangani berasaskan kepada semangat dan aspirasi yang terkandung dalam Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) yang ditandatangani oleh negara-negara ASEAN dan Republik Rakyat China pada 4 November 2002. Melalui Deklarasi ini, pihak-pihak yang mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan bertekad untuk menyelesaikan pertelingkahan dan perbalahan berhubung tuntutan wilayah maritim bertindih di Laut Cina Selatan dan mencari penyelesaian secara damai melalui jalan perundingan tanpa menggunakan kekerasan ataupun gutan. Usaha-usaha juga diambil bagi membina keyakinan (confidence building) di antaran Negara-negara yang terlibat.

6. Malaysia sentiasa peka dengan isu-isu yang melibatkan tuntutan bertindih ke atas pulau-pulau dan wilayah Malaysia. Usaha-usaha sentiasa dilaksanakan demi mengukuhkan tuntutan Malaysia ke atas ciri-ciri geografi di kawasan maritim berkenaan. Malaysia sentiasa mewujudukan rundingan dua hala dengan negara jirannya bagi membataskan sempadan maritim di kawasan di mana belum ada lagi perjanjian sempadan maritim. Malaysia berpendirian bahawa tuntutan bertindih wajar diselesaikan melalui meja rundingan dan rujukan kepada pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau Tribunal Timbang Tara adalah merupakan opsyen terakhir di dalam mencapai penyelesaian.

Sekian, terima kasih.

Categories: Dewan Negara, Parliament Tags:

LAWATAN KEMENTERIAN KE SIMPANG RENGGAM

May 5th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA TUNKU ABDUL AZIZ BIN IBRAHIM PADA 5 MEI 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil lawatan Kementerian ke Simpang Renggam pada 12 Februari 2010 yang lepas.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan soalan.

Dimaklumkan pada 12 Februari 2010 tiada lawatan oleh Kementerian Dalam Negeri ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam. Walau bagaimanapun, pada 11 Februari 2010 pihak media telah dijemput untuk melawat dan meninjau Pusat Pemulihan berkenaan.

Semasa lawatan diadakan, pihak media telah dibenarkan menemui tahanan, melawat ke sel-sel penempatan tahanan, bengkel latihan vokasional, program pemulihan, klinik penjara, dapur penjara serta kerja-kerja naik taraf yang sedang dilaksanakan.

Piha media berpuas hati dengan lawatan serta penjelasan yang diberikan berhubung dengan penahanan, program pemulihan, kemudahan kesihatan erta kerja penambahbaikan yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan yang diberikan kepada tahanan.

Categories: Dewan Negara Tags:

SPRM TUTUP KES PENGUNDI HANTU

May 4th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA TUNKU ABDUL AZIZ BIN IBRAHIM PADA 4 MEI 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan SPRM terhadap laporan polis, Sharmila Turaisingam 12 Januari 2008 dan pengakuan bersumpahnya yang mana bercaggah dengan peerangan SPR melalui jawapan lisan Dewan Rakyat 16 Oktober 2008.

JAWAPAN:

YB DATUK LIEW VUI KEONG
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhomat, kes Sharmila Turaisingam ini sukar untuk diadakan siasatan kerana laporan yang dibuat hanyalah pada tahun 2008 sedangkan pendaftaran pemilih beliau berlaku pada tahun 1999. Mengikut peruntukan Peraturan 15 (2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 1971 yang berkuatkuasa ketika itu, Puan Sharmila Turaisingam sepatutnya membuat bantahan semasa rang daftar pemilih dipamerkan jika tidak berpuas hati dengan namanya didaftarkan sebagai pemilih.

Memandangkan tidak ada sebarang bantaha oleh mana-mana pihak ketika itu, maka selepas lima tahun dari tarikh permohonan dibuat semua dokumen permohonan daftar pemilih telah dimusnahkan oleh SPR. Oleh kerana ketiadaan dokumen permohonan daftar pemilih yang dibuat maka adalah sukar siasatan dilakukan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membuat permohonan berkenaan.

Kes ini nampaknya, tidak menunjukkan dengan jelas adanya unsur-unsur jenayah atau rasuah yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan kerana tidak ada sebarang laporan yang dibuat mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah menggunakan nama beliau untuk mengundi ketika pilihan raya malah beliau tidak mengalami sebarang kerugian akibat namanya didaftarkan sebagai pemilih.

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang pilihan raya, kes ini dianggap selesai kerana penama tersebut telah membuat permohonan pertukaran alamat pemilih dari Kelantan ke alamat sebenar beliau tinggal sekarang di Selangor pada 12 Januari 2008.

Sekian, terima kasih.

Categories: Dewan Negara Tags: