Archive

Posts Tagged ‘kementerian pertahanan’

Malaysia Tiada Rifle Tempatan

July 29th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA YBM TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM PADA 29 JULAI 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah dasar Malaysia tidak mereka membangunkan rifle buatan tempatan. Apakah status dan masalah dalam menghasilkan M4 oleh SMEO.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Penglibatan Malaysia dalam bidang Industri Pertahanan telah bermula sejak tahun 1970an. Malaysia juga telah berjaya meningkatkan keupayaan dalam pelbagai bidang industri pertahanan termasuk di dalam sektor pembuatan, penyenggaraan, baik pulih, fabrikasi dan pemasangan komponen.

Pada masa kini, syarikat industri pertahanan tempatan mempunyai keupayaan untuk menghasilkan bahan dan alat pertahanan sendiri seperti:

a) bahan letupan jenis caliber kecil, sederhana dan besar bagi kegunaan artileri.
b) Bom-bom pesawat udara.
c) Pengeluaran produk piroteknik, dakwat, fius bom tangan dan baik pulih pelbagai jenis bom.

Syarikat industri pertahanan khususnya SMEOrdinance Sdn Bhd (SMEO) berpotensi untuk mengeluarkan semua jenis laras kecil dan sederhana (small and medium caliber) dan terlibat dalam pengeluaran senjata Steyr, Tactical Machine Pistol (TMP) dan pistol.

Aspirasi Kerajaan untuk membangunkan industri pertahanan tempatan termaktub dalam Dasar Pertahanan Negara. Keupayaan berdikari merupakan teras pembangunan Industri Pertahanan Negara. Adalah menjadi hasrat Kerajaan melahirkan industri pertahanan yang berkeupayaan tinggi dalam bidang persenjataan dan pembaikpulihan. Ia bertujuan untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap pembekal luar negara. Namun begitu, Kerajaan tidak menafikan kekangan yang dihadapi dalam usaha membangunkan industri pertahanan tempatan terutamanya dari segi pembangunan teknologi terkini, pelaburan yang tinggi, spesifikasi yang rigid, pasaran yang terhad dan persaingan yang tinggi dengan negara-negara berteknologi tinggi. Kementerian Pertahanan akan sentiasa berusaha bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk membina industri pertahanan tempatan yang maju dan mempunyai keupayaan berdikari.

Buat masa ini, SMEO sedang di dalam peringkat akhir perbincangan untuk mendapatkan lesen mengilang (Manufacturing Licence Agreement-MLA) dari Colt Defence LLC. Perbincangan MLA ini dalam proses semakan akhir sebelum dimajukan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat. Selain itu, SMEO juga telah menandatangani Representative Agreement dan Techinical Assistance Agreemet dengan pihak Colt Defence LLC. Di dalam draf MLA ini, kedua-dua pihak bersetuju bahawa SMEO akan melaksanakan sehingga 80 peratus kandungan tempatan dalam pengeluaran dan pemasangan senjata jenis Colt M4 Carbine ini.

Projek Perolehan AV-8

July 28th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA YBM TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM PADA 28 JULAI 2010

SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan projek perolehan 257 buah AV-8 dari DEFTECH dari egi kesesuaian dan ‘cost-effective’ 8×8 berbanding dengan 6×6 kereta perisai, bilangan AV-8 dan anggaran perbelanjaan diperlukan untuk mengganti semua kereta perisai Condor dan Sibmas serta kenapa kereta perisai Pars dipilih sebagai model, bukan Rosomak dri Poland.

JAWAPAN:

Model Rosomak dan Pars telah diuji nilai oleh Kementerian pertahanan dan mendapati kedua-duanya mempunyai kemampuan yang setanding. Bagaimanapun, model Pars dipilih berdasarkan kepada tawaran yang lebih baik serta menyumbang kepada peningkatan industri pertahanan negara.

Keperluan penggantian kereta perisai Condor dan Sibmas adalah melibatkan empat (4) Rejimen Kavalri dan satu (1) Batalion Infantri Mekanis. Bagi fasa pertama, Kerajaan hanya akan membuat perolehan untuk dua (2) Rejimen Kavalri dan satu (1) Batalion Infantri Mekanis sahaja yang melibatkan 257 unit kenderaan dengan anggaran kos sebanyak RM7.983 bilion (hamper RM8.0 bilion) serta mengambil tempoh selama tujuh (7) tahun proses pelaksanaannya. Setakat ini, harga bagi perolehan inimasih di peringkat rundingan dan belum dimuktamadkan lagi oleh Kerajaan.

Di antara taawaran yang telah dipersetujui oleh piak pembekal Pars adalah seperti berikut:

i) Pemasangan kenderaan ini dibuat di Malaysia dengan sejumlah komponen menggunakan produk tempatan;

ii) Intellectual Property Rights (IPR) dimiliki oleh Syarikat Tempatan bagi membolehkan Malaysia memasarkan kenderaan perisai ini di negara-negara lain terutama Asia Tenggara; dan

iii) Membenarkan sebahagian dari komponen-komponen sokongan diperolehi dan secara langsung mampu meningkatkan keupayaan industri pertahanan negara.

Pertikaian Keudalatan Kepulauan Spratly

July 28th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA YBM TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM PADA 28 JULAI 2010

SOALAN:

TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap cadangan menyatukan semua penuntut ASEAN terhadap Spratly Asia Tenggara supaya menggunakan satu entiti untuk berunding dengan negara China dalam masalah pertikaian kedaulatan. Pernahkah pihak TLDM menjejaki kapal perang / penguatkuasa China memasuki kawasan EEZ Malaysia tanpa notis.

JAWAPAN:

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Mulia Senator Tunku Abdul Aziz di atas soalan yang dikemukakan.

2. Seperti yang telah dimaklumkan di dalam dewan yang mulia ini sebelum ini, wujud tuntutan bertindih kawasan maritim dan tuntutan bertindih ke atas ciri-ciri geografi di kawasan Laut China Selatan. Tuntutan bertindih di Laut China Selatan ini melibatkan Malaysia, Vietnam, Brunei Darussalam, Filipina dan Republik Rakyat China. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Republik Rakyat China menuntut keseluruhan laut China Selatan termasuklah Kepulauan Spratlys.

3. Seperti yang telah dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, isu berhubung tuntutan ke atas pulau-pulau, terumbu dan kawasan maritim ini ditangani berasaskan kpeada semangat dan aspirasi yang terkandung dalam Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) yang ditandatangani oleh negara-negara ASEAN dan Republik Rakyat China pada 4 November 2002. Melalui Deklarasi ini, pihak-pihak yang mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan bertekad untuk menyelesaikan pertelingkahan dan perbalahan berhubung tuntutan wilayah maritim bertindih di Laut China Selatan secara damai melalui jalan perundingan tanpa menggunakan kekerasan atau pun ugutan. Dalam masa yang sama, usaha-usaha juga diambil bagi membina keyakinan (confidence building) di antara negara-negara yang terlibat, Dalam hal ini, sukacita saya ingin memaklumkan perbincangan sedang dijalankan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kerjasama di bawah kerangka DOC bagi mengingkatkan keyakinan dan mengelakkan ketegangan di kawasan Laut China Selatan.

Tuan Yang Di-Pertua,

4. Malaysia sentiasa peka dengan isu-isu yang melibatkan tuntutan bertindih ke atas pulau-pulau dan wilayah Malaysia. Usaha-usaha sentiasa dilaksanakan demi mengukuhkan tuntutan Malaysia ke atas ciri-ciri geografi di kawasan maritim berkenaan. Malaysia percaya penyelesaian kepada isu tuntutan bertindih boleh dicapai melalui perbincangan secara damai tanpa menggunakan kekerasan. Dala hal ini, Malaysia sentiasa mewujudkan rundingan dua hala dengan negara jirannya bagi membataskan sempadan di kawasan di mana belum ada lagi perjanjian sempadan maritim. Malaysia berpendirian bahawa tuntutan bertindih wajar diselesaikan secara rundingan dua hala dan rujukan kepada pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilah Antarabangsa (ICJ) atau Tribunal Timbang Tara adalah merupakan opsyen terakhir di dalam mencapai penyelesaian.

5. Dalam masa yang sama, Malaysia juga sentiasa mengambil kira perkembangan semasa yang berlaku. Pada masa ini, Malaysia berpandangan bahawa isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan wajar diselesaikan secara dua hala atau pelbagai hala dan hanya melibatkan negara-negara yang mempunyai tuntutan bertindih. Pada masa ini, tidak ada sebarang cadangan daripada mana-mana negara ASEAN yang mempunyai tuntutan bertindih untuk bergabung sebagai satu entiti dan beruding dengan Republik Rakyat China.

Tuan Yang Di-Pertua,

6. Berhubung dengan isu sama ada pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) menjejaki kapal perang / penguat kuasa Republik Rakyat China memasuki zon ekonomi eksklusif Malaysia tanpa notis, sukacita saya ingin maklumkan bahawa Malaysia menjalankan rondaan dan pengawasan secara berterusan di kawasan maritim yang dituntut di Laut China Selatan. Dalam masa yang sama, peruntukan undang-undang antarabangsa membolehkan kapal-kapal belayar di lautan di bawah prinsip freedom of navigation tanpa perlu memohon kebenaran sesebuah negar berpantai. Dalam masa yang sama, kapal-kapal yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan prinsip navigation, seperti menjalankan kajian saintifik marin dan sebagainya di dalam kawasan zon ekonomi eksklusif Malaysia, akan diambil tindakan sewajarnya, Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa pihak TLDM sentiasa memantau aktiviti-aktiviti kapal perang negara-negara luar di kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan.

Sekian, terima kasih.

Pembelian Frigat Batch 2

July 28th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA YBM TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM PADA 28 JULAI 2010

SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status perbincangan antara Bae dan kerajaan Malaysia mengenai pembelian 2 buah Frigat Batch 2:-

a) berapa diperuntukkan dalam pembelian kapal perang ini; dan
b) adakah kedua-dua frigat baru ini akan dibina oleh syarikat tempatan dan apakah status LOI ditandatangani pada tahun 2006.

JAWAPAN:

Perolehan dua (2) buah kapal Frigat Kelas Jebat Kedia adalah kesinambungan dari Batch Pertama iaitu KD Jebat dan KD Lekiu yang dibina oleh BAE Systems, United Kingdom. Kapal Frigat Batch Pertama ini telah menunjukkan prestasi operasi yang sangat baik dan mempunyai keupayaan yang tinggi. Perolehan dua (2) buah kapal Frigat daripada kelas yang sama akan dapat meningkatkan keupayaan pertahanan maritim negara ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, keseragaman kapal frigat akan menguntungkan dari aspek mengurangkan kos logistik dan selenggaraan.

Walaupun LOI telah ditandatangani pada tahun 2006, rundingan kontrak dengan BAE telah dihentikan pada tahun 2008 kerana ketiadaan peruntukan dalam RMK-9. Sekiranya peruntukan disediakan di dalam RMK-10, perolehan ini akan dapat diteruskan dan konsep pembinaan dalam negara serta syarikat tempatan akan diputuskan kemudian kelak.

UCAPAN PENANGGUHAN – PERBELANJAAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

July 22nd, 2010 Tunku Aziz No comments

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Di pertua kerana mengizinkan saya membaca ucapan penangguhan Rancangan Malaysia ke 10 ini.

Rancangan Malaysia ke-sepuluh telah diumumkan pada bulan Jun dan ini adalah rancangan pembangunan lima tahun yang paling penting dalam pembangunan Malaysia. Ia merangkumi pembangunan semua sektor Negara termasuk bidang sosial, ekonomi, keselamatan dan pertadbiran am.

Angkatan tentera adalah tembok atau tulang belakang pertahanan keselamatan Negara. Boleh dikatakan tanpa pengorbanan anggota angkatan tentera dahulu dan sekarang, kita tidaklah dapat menikmati kesejahteraan dan keamanan pada hari ini.

Tetapi apa yang menghairankan ialah Rancangan Malaysia yang baru dibentang baru-baru ini, langsung tidak menyentuh pembangunan keupayaan pertahanan dan angkatan tentera. Dalam dokumen RMK 10 yang setebal 449 muka surat ini langsung tidak menyentuh sepatah perkataan mengenai pertahanan.

Berdasarkan maklumat am yang diberi oleh RMK 10, sektor keselamatan mendapat 10% dari RM230 billion peruntukan. Daripada jumlah tersebut, berapakah peruntukan dalam bidang pertahanan dan juga pecahan peruntukan kepada Polis, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Angkatan Tentera.

Selain itu, saya ingin menyentuh perkara senarai perolehan kelengkapan tentera dibawah RMK 10. Sebelum itu, saya telah menghantar soalan kepada kementerian pertahanan mengenai senarai perolehan kelengkapan untuk lima tahun depan, tetapi soalan saya ditolak kerana ianya didakwa menyentuh kerahsiaan.

Tambahan lagi, soalan-soalan saya yang menyentuh perolehan kelengkapan yang sedang dan siap dilaksanakan juga ditolak atas alasan yang sama. Saya ingin menegaskan di sini bahawa adalah tidak munasabah menolak soalan-soalan tersebut memandangkan isu-isu menyentuh rahsia ketenteraan tidak wujud.

Pertama, saya memahami pembelian kelengkapan tentera adalah sensitif dan perlu menjaga rahsia ketenteraan seperti unsur-unsur spesifikasi dan atur gerak.

Tetapi, soalan yang ditanya bukan bertujuan untuk mendapat rahsia ketenteraan seperti yang disebut, tetapi untuk mendapat maklumat latar belakang pembelian dan pembangunan kelengkapan tentera yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan sendiri.

Jikalau Kementerian Pertahanan sendiri yang membuat pengumuman pembelian kelengkapan tersebut, maka ini tidaklah dikira sebagai rahsia lagi. Saya menyentuh:

1. pembelian Vera-E Radar Pasif dari Omnipol, Republik Czech yang telah beberapa kali dicatatkan dalam Laporan Tahunan Kementerian Pertahanan 2007 dan 2008. Dan laporan tersebut telah menyatakan projek timbal balas Vera-E sedang dipantau oleh kementerian.

2. pembelian Cruise Missile diumumkan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan sendiri di Dewan Rakyat.

3. Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) yang telah menunjukkan peluru berpandu Taming Sari XK98 keseluruh negara pada 31 Ogos 2007 bersempena Perarakan Merdeka 2007 di Dataran Merdeka.

Kedua, pembelian kelengkapan ketenteraan adalah mengguna peruntukan awam dan perlu mendapat persetujuan Parlimen. Oleh itu, adalah munasabah dan kepatutuan untuk ahli parlimen membincang dan mengetahui latar belakang atau basic information (dengan izin) pembelian kelengkapan ketenteraan yang mahal ini.

Ketiga, Ahli Parlimen dan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui senarai pembelian kelengkapan ketenteraan yang akan dilancar pada lima tahun depan iaitu dalam Rancangan Malaysian Kesepuluh. Memandangkan pembelian kelengkapan ketenteraan adalah sangat mahal dan mudah berlaku penyelewengan, maka adalah perlu dipantau oleh Parlimen dan rakyat supaya berselaras dengan prinsip-prinsip good governance (dengan izin) dan meningkatkan lagi ketelusan kerajaan.

8 Billion untuk membeli 257 buah Kereta Perisai AV8

Kerajaan baru mengumumkan di DSA 2010 pada 20 April 2010 yang mana akan membelanja RM 8 billion yang mana adalah perolehan terbesar dalam sejarah Malaysia untuk memperolehi 257 buah kereta perisai pembawa anggota AV8 dari syarikat DEFTECH dan FNSS supaya mengganti semua kereta Condor dan Sibmas yang sudah usang. Ini bermaksud, secara amnya , setiap AV8 berkos RM31 juta!

Walaupun difahamkan RM8 bilion ini merangkumi RM 400 juta bagi membangunkan kemudahan DEFTECH di Pekan, dan juga kos R&D dan integrasi dan ujian, namun angka tersebut tidaklah munasabah sehingga mencecah beberapa billion ringgit. Selain itu, berbanding dengan program pembangunan kereta perisai 8×8 di luar Negara, ia juga dilihatkan satu jumlah yang amat tinggi. Mengikut kajian, purata kos sebuah kereta perisai 8×8 ialah 2 -3 juta USD, atau dalam RM ialah 10 juta lebih. Kenapa AV8 kita ini mahal hampir dua kali ganda dari luar negeri?

Pihak Kementerian juga tidak menjelaskan bagaimana RM8 bilion ini diguna dalam pecahan kos R&D, ujian, integrasi, pembangunan infrastruktur, kos pembelian harta intelek dari Turkey’s FNSS Company dan unit kos. Kenapa perolehan ini adalah melalui direct negotiation (dengan izin), bukan secara tender terbuka memandangkan ia menelan wang yang begitu tinggi.

Soalan Bujet 2010

Anggaran perbelanjaan mengurus 2010 telah menunjukkan penurunan dalam bidang latihan, logistic, operasi dan pengurusan. Adakah penurunan yang banyak ini akan menjejaskan quality latihan dan keberkesanan melaksanakan operasi-operasi? Tetapi, di sini telah timbul satu soalan. Mengikut permerhatian terhadap prestasi budget KEMENTAH, difahamkan bahawa KEMENTAH secara kebiasaannya membuat anggaran perbelanjaan tahun depan kurang dari sebenar yang diperlukan. Misalnya, dalam budget 2009 menunjukkan anggaran perbelanjaan latihan untuk pertahanan darat 2008 adalah RM35,472,600. Tapi, di dalam budget 2008 untuk perkara sama adalah dicatatkan sebagai RM19,072,600. Di manakah angka yang sebenarnya?

KEMENTAH sepatutnya memberi maklumat yang lebih tepat dalam budget tahunan. Janganlah memberi penilaian yang rendah dari sebenar atau diperlukan. Apakah dasar yang digunapakai KEMENTAH di dalam membuat anggaran ini? Apa statistic dan formula yang digunakan? Dan, adakah kerana tiap-tiap kali Kementerian memberi anggaran rendah mengakibatkan kementerian terpaksa memohon peruntukan tambahan dalam sidang dewan parlimen masa depan?

Selain itu, saya melihat anggaran perbelanjaan pembangunan untuk tiga perkhidmatan membeli perlengkapan yang dicatatkan di dalam budget 2010 ialah RM10. Mungkin pihak kementerian boleh jelaskan peruntukan RM10 yang dinyatakan tersebut.

Sekian ucapan penggulungan saya .

PENYERAHAN TANAH RIZAB TENTERA

July 22nd, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA YBM TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM PADA 22 JULAI 2010

SOALAN:

Tunu Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional dan asas pemberian tanah rizab tentera di Lembah Klang kepada swasta tanpa mempunyai satu sistem lelongan uang berkepentingan umum.

JAWAPAN:

Tuan yang Di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, tanah rizab tentera di Lembah Klang tidak diberikan kepada syarikat swasta sebaliknya diberikan kepada syarikat Kerajaan dan badan berkanun Persekutuan untuk dibangunkan.

UCAPAN PENANGGUHAN – PERBELANJAAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

July 21st, 2010 Tunku Aziz No comments

UCAPAN PENANGGUHAN – PERBELANJAAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Di pertua kerana mengizinkan saya membaca ucapan penangguhan Rancangan Malaysia ke 10 ini.

Rancangan Malaysia ke-sepuluh telah diumumkan pada bulan Jun dan ini adalah rancangan pembangunan lima tahun yang paling penting dalam pembangunan Malaysia. Ia merangkumi pembangunan semua sektor Negara termasuk bidang sosial, ekonomi, keselamatan dan pertadbiran am.

Angkatan tentera adalah tembok atau tulang belakang pertahanan keselamatan Negara. Boleh dikatakan tanpa pengorbanan anggota angkatan tentera dahulu dan sekarang, kita tidaklah dapat menikmati kesejahteraan dan keamanan pada hari ini.

Tetapi apa yang menghairankan ialah Rancangan Malaysia yang baru dibentang baru-baru ini, langsung tidak menyentuh pembangunan keupayaan pertahanan dan angkatan tentera. Dalam dokumen RMK 10 yang setebal 449 muka surat ini langsung tidak menyentuh sepatah perkataan mengenai pertahanan.

Berdasarkan maklumat am yang diberi oleh RMK 10, sektor keselamatan mendapat 10% dari RM230 billion peruntukan. Daripada jumlah tersebut, berapakah peruntukan dalam bidang pertahanan dan juga pecahan peruntukan kepada Polis, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Angkatan Tentera.

Selain itu, saya ingin menyentuh perkara senarai perolehan kelengkapan tentera dibawah RMK 10. Sebelum itu, saya telah menghantar soalan kepada kementerian pertahanan mengenai senarai perolehan kelengkapan untuk lima tahun depan, tetapi soalan saya ditolak kerana ianya didakwa menyentuh kerahsiaan.

Tambahan lagi, soalan-soalan saya yang menyentuh perolehan kelengkapan yang sedang dan siap dilaksanakan juga ditolak atas alasan yang sama. Saya ingin menegaskan di sini bahawa adalah tidak munasabah menolak soalan-soalan tersebut memandangkan isu-isu menyentuh rahsia ketenteraan tidak wujud.

Pertama, saya memahami pembelian kelengkapan tentera adalah sensitif dan perlu menjaga rahsia ketenteraan seperti unsur-unsur spesifikasi dan atur gerak.

Tetapi, soalan yang ditanya bukan bertujuan untuk mendapat rahsia ketenteraan seperti yang disebut, tetapi untuk mendapat maklumat latar belakang pembelian dan pembangunan kelengkapan tentera yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan sendiri.

Jikalau Kementerian Pertahanan sendiri yang membuat pengumuman pembelian kelengkapan tersebut, maka ini tidaklah dikira sebagai rahsia lagi. Saya menyentuh:

1. pembelian Vera-E Radar Pasif dari Omnipol, Republik Czech yang telah beberapa kali dicatatkan dalam Laporan Tahunan Kementerian Pertahanan 2007 dan 2008. Dan laporan tersebut telah menyatakan projek timbal balas Vera-E sedang dipantau oleh kementerian.

2. pembelian Cruise Missile diumumkan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan sendiri di Dewan Rakyat.

3. Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) yang telah menunjukkan peluru berpandu Taming Sari XK98 keseluruh negara pada 31 Ogos 2007 bersempena Perarakan Merdeka 2007 di Dataran Merdeka.

Kedua, pembelian kelengkapan ketenteraan adalah mengguna peruntukan awam dan perlu mendapat persetujuan Parlimen. Oleh itu, adalah munasabah dan kepatutuan untuk ahli parlimen membincang dan mengetahui latar belakang atau basic information (dengan izin) pembelian kelengkapan ketenteraan yang mahal ini.

Ketiga, Ahli Parlimen dan rakyat mempunyai hak untuk mengetahui senarai pembelian kelengkapan ketenteraan yang akan dilancar pada lima tahun depan iaitu dalam Rancangan Malaysian Kesepuluh. Memandangkan pembelian kelengkapan ketenteraan adalah sangat mahal dan mudah berlaku penyelewengan, maka adalah perlu dipantau oleh Parlimen dan rakyat supaya berselaras dengan prinsip-prinsip good governance (dengan izin) dan meningkatkan lagi ketelusan kerajaan.

8 Billion untuk membeli 257 buah Kereta Perisai AV8

Kerajaan baru mengumumkan di DSA 2010 pada 20 April 2010 yang mana akan membelanja RM 8 billion yang mana adalah perolehan terbesar dalam sejarah Malaysia untuk memperolehi 257 buah kereta perisai pembawa anggota AV8 dari syarikat DEFTECH dan FNSS supaya mengganti semua kereta Condor dan Sibmas yang sudah usang. Ini bermaksud, secara amnya , setiap AV8 berkos RM31 juta!

Walaupun difahamkan RM8 bilion ini merangkumi RM 400 juta bagi membangunkan kemudahan DEFTECH di Pekan, dan juga kos R&D dan integrasi dan ujian, namun angka tersebut tidaklah munasabah sehingga mencecah beberapa billion ringgit. Selain itu, berbanding dengan program pembangunan kereta perisai 8×8 di luar Negara, ia juga dilihatkan satu jumlah yang amat tinggi. Mengikut kajian, purata kos sebuah kereta perisai 8×8 ialah 2 -3 juta USD, atau dalam RM ialah 10 juta lebih. Kenapa AV8 kita ini mahal hampir dua kali ganda dari luar negeri?

Pihak Kementerian juga tidak menjelaskan bagaimana RM8 bilion ini diguna dalam pecahan kos R&D, ujian, integrasi, pembangunan infrastruktur, kos pembelian harta intelek dari Turkey’s FNSS Company dan unit kos. Kenapa perolehan ini adalah melalui direct negotiation (dengan izin), bukan secara tender terbuka memandangkan ia menelan wang yang begitu tinggi.

Soalan Bajet 2010

Anggaran perbelanjaan mengurus 2010 telah menunjukkan penurunan dalam bidang latihan, logistic, operasi dan pengurusan. Adakah penurunan yang banyak ini akan menjejaskan quality latihan dan keberkesanan melaksanakan operasi-operasi? Tetapi, di sini telah timbul satu soalan. Mengikut permerhatian terhadap prestasi budget KEMENTAH, difahamkan bahawa KEMENTAH secara kebiasaannya membuat anggaran perbelanjaan tahun depan kurang dari sebenar yang diperlukan. Misalnya, dalam budget 2009 menunjukkan anggaran perbelanjaan latihan untuk pertahanan darat 2008 adalah RM35,472,600. Tapi, di dalam budget 2008 untuk perkara sama adalah dicatatkan sebagai RM19,072,600. Di manakah angka yang sebenarnya?

KEMENTAH sepatutnya memberi maklumat yang lebih tepat dalam budget tahunan. Janganlah memberi penilaian yang rendah dari sebenar atau diperlukan. Apakah dasar yang digunapakai KEMENTAH di dalam membuat anggaran ini? Apa statistic dan formula yang digunakan? Dan, adakah kerana tiap-tiap kali Kementerian memberi anggaran rendah mengakibatkan kementerian terpaksa memohon peruntukan tambahan dalam sidang dewan parlimen masa depan?

Selain itu, saya melihat anggaran perbelanjaan pembangunan untuk tiga perkhidmatan membeli perlengkapan yang dicatatkan di dalam budget 2010 ialah RM10. Mungkin pihak kementerian boleh jelaskan peruntukan RM10 yang dinyatakan tersebut.

Sekian ucapan penggulungan saya .

Status Projek Pembinaan 27 Buah Kapal NGPV

July 19th, 2010 Tunku Aziz No comments

JAWAPAN LISAN DEWAN NEGARA TUNKU ABDUL AZIZ PADA 19 JULAI 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status projek pembinaan 27 buah NGPV:-

a) adakah 27 buah masih relevan dan TLDM telah tukar permintaan ke-18 buah; dan
b) minta penjelasan NGPV Batch 2 yang bakal dilaksanakan dari segi tempoh, bilangan, peruntukan dan permintaan misi.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan memorandum yang ditandatangani oleh kerajaan dan Penang Shipping Cooperation – Naval Dockyard (PSC-ND) kini dikenali Boustead Naval Shipyard (BNS) pada tahun 1995 telah menghasratkan untuk limbungan tersebut membina 27 buah kapal ronda bagi kegunaan TLDM. Jumlah tersebut diambilkira untuk TLDM menggantikan kapal-kapal dari kelas Patrol Craft yang diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Fast Attack Craft yang menjangkau usia melebihi 45 tahun menjelang tahun 2015. Buat masa ini, jumlah tersebut masih relevan tetapi pembinaan kap-kapal tersebut akan mengambil kira kemampuan kewangan Kerajaan melalui peruntukan Rancangan Malaysia setiap lima tahun.

Bagi perolehan di dalam NGPV Batch 2, Kementerian telah menyenaraikan projek tersebut di dalam RMK-10. Kementerian merancang untuk membina enam buah kapal lagi di BNS dan tempoh pelaksanaan akan berlanjutan ke RMK-11. Dari segi misi, kapal-kapal tersebut akan mempunyai keupayaan perang tiga dimensi.

Sebagai maklumat, status projek NGPV yang dilaksanakan oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) bagi kumpulan pertama iaitu lima buah daripadanya telah siap dan beroperasi di dalam Armada TLDM. Manakala sebuah algi kapal akan diserahkan kepada TLDM pada penghujung Ogos 2010.

FUNGSI ANGKATAN MARIN

May 6th, 2010 Tunku Aziz No comments


SOALAN LISAN SENATOR TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM DI DEWAN NEGARA PADA 6 MEI 2010

SOALAN:
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan laporan penilaian terhadap penubuhan Angkatan Marin dalam mempertahankan kepulauan-kepulauan Malaysia dari menjadi perebutan dengan kuasa luar.

JAWAPAN:

YB LIEW VUI KEONG
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,

Kesemua Agensi Penguatkuasa Maritim (APM) Negara dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah, sedang dan akan terus melaksanakan tindakan-tindakan yang selaras dengan perundangan Negara dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan pulau-pulau dan entiti geografi yang berada dalam perairan Malaysia sentiasa selamat dan sentiasa dipertahankan. Antara tindakan-tindakan yang diambil dalam usaha mempertahankan kepulauan dan entiti geografi negara Malaysia dari perebutan kuasa kuasa adalah seperti berikut:

I. Pelaksanaan rondaan dan pengawasan harian secara berterusan oleh APM negara dan TLDM;
II. Menguatkuasakan undang-undang maritim negara di kawasan tersebut;
III. Menggazet dan menamakan semua pulau dan entiti geografi yang terdapat dalam perairan negara;
IV. Merekodkan semu rondaan yang dilaksanakan;
V. Mewujudkan kehadiran di seluruh kawasan perairan Negara terutamanya kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih maritim; dan
VI. Membina sruktur atau monument fizikal di pulau-pulau dan entiti geografi negara bagi tujuan pengukuhan kedaulatan seperti di Batuan Tengah, Tawau dan Pulau Layang-Layang.

Sekian, terim kasih.