Point of Order yang diusul di Dewan Negara
Peraturan Mesyuarat (13) (1) (o):
“Urusan-urusan bagi tiap-tiap persidangan mesyuarat hendaklah mengikut aturan seperti di bawah ini kecuali jika Majlis Mesyuarat menetapkan aturan lain:
(o) Urusan am”
Tuan Yang Dipertua
Saya merujuk kepada Aturan Mesyuarat yang diusul oleh Menteri Kewangan pada 25 Jun 2009 dan diperbahaskan di Dewan Rakyat.
Usul tersebut berkaitan dengan penggunaan bajet akibat daripada penyusunan semula selepas pemindahan kuasa Perdana Menteri yang berkuat kuasa pada 10 April 2009 yang lalu.
Menurut Peraturan Majlis Mesyuarat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri.
Read more…